25 Oktober 2010 : Pada malam Majlis Sirih Pulang ke Gagang (SPG) 2010 yang lalu, The Change Management Group telah dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni 2010. Anugerah Tokoh Alumni ini diberikan bagi menghargai jasa dan bakti mereka yang telah dicurahkan untuk pembangunan Universiti Sains Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada 5 orang iaitu Encik Shaifubahrim Mohd Saleh (Sains Komputer, 1983), Encik Mohd Zulkifli Itam (Sains Kemasyarakatan, 1983), Encik Abdul Rais Abdul Majid (Sains Kemasyarakatan, 1974), Encik Ahmad Ghazali Md Kassim (Sains Kemasyarakatan, 1975) dan Datin Huzaimah Mohd Yusoff (Sains Kemasyarakatan, 1974).

Anugerah Tokoh Alumni 2010 ini telah disampaikan oleh D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Canselor USM dan disaksikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM.

Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kumpulan ini kerana telah berjaya mencurahkan bakti yang boleh dibanggakan kepada Universiti Sains Malaysia sekaligus membuktikan bahawa alumni USM tidak akan sesekali lupa untuk menyumbang kepada alma meter di mana mereka menimba ilmu.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!