15 September 2010 : CIMB Bank Berhad sedang mengadakan promosi istimewa kepada Alumni USM yang berminat untuk mendapatkan CIMB Direct Access AUSM Platinum Mastercard. *Promosi istimewa ini menawarkan hadiah misteri dan akan berakhir pada 30 September 2010.
Semua Alumni USM yang telah berdaftar dengan Persatuan Alumni USM dialu-alukan untuk membuat permohonan memiliki kad kredit ini. Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan CIMB terdekat. Terdapat pelbagai keistimewaan yang ditawarkan jika alumni memiliki kad kredit istimewa ini. Antara keistimewaan yang ditawarkan ialah seperti yang tertera pada gambarajah di bawah.
Dapatkan segera kad kredit ini sementara promosi masih dijalankan untuk mendapatkan hadiah istimewa yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, kad kredit ini masih boleh dipohon pada bila-bila masa walaupun setelah promosi ini tamat. Sekiranya anda berminat, muat turun borang permohonan [di sini] dan lengkapkan sebelum diserahkan ke bank CIMB yang terdekat.
Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi