28 September 2010 : Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni(PPPA) telah mengadakan satu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 27 September 2010 (Isnin) bersempena Hari Raya Aidilfitri yang masih lagi terasa bahangnya. Majlis diadakan bertempat di perkarangan Anjung Budi USM. Semua alumni dan staf di USM telah dijemput untuk memeriahkan majlis ini.

Majlis mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari semua jemputan. Pelbagai juadah hari raya dihidangkan untuk tetamu menjamu selera. Alumni-alumni juga dapat berkumpul dan saling bermaafan ketika bertemu di majlis ini. Diharapkan majlis anjuran PPPA seperti ini terus mendapat sokongan daripada semua alumni pada masa-masa akan datang.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!