15 November 2011 : Pada 11 November 2011, Persatuan Alumni USM telah mengambil peluang mengadakan Majlis Makan Malam bersama YBhg. Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak sempena persaraan beliau sebagai Naib Canselor USM. Majlis tersebut telah diadakan untuk memberi penghargaan kepada beliau di atas keprihatinan dan sokongan beliau kepada Persatuan Alumni USM sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor USM sebelum ini.

Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh alumni-alumni yang telah dijemput. Semasa majlis ini juga turut diadakan sesi ucapan istimewa dari YBhg. Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak dan beliau menyatakan pandangan dan rasa bangga beliau terhadap Persatuan Alumni USM.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!