13 Februari 2012 : Sekumpulan alumni yang telah bergraduasi pada tahun 1992-1998 mengambil insiatif untuk mengadakan Majlis Reunion 92-98 bertempat di Anjung Budi USM (rumah Alumni) pada 5 Februari 2012 yang lalu. Pihak pengajur, Puan Irni Hamiza Hamzah telah berhubung dengan sekretariat Persatuan Alumni USM bagi memohon sokongan dan kerjasama bagi menjayakan program tersebut.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang alumni. Turut memeriahkan program ini ialah anak-anak alumni. Program yang bermula pada jam 12.00 tengahari ini turut dihadiri oleh 4 orang Jawatankuasa Eksekutif PAUSM sesi 2011/2013 iaitu Prof. Madya Mohamed Talhah Idrus, Dr. Mohammad Muzammil Mohamman Noor, Encik Francis Lee Yoke Chueng dan Puan Masjuwita Sulaiman sebagai tanda sokongan.

Majlis santai ini turut menyediakan Jamuan Makan Tengahari untuk semua alumni yang hadir. Selain itu terdapat sesi perkenalan bersama Jawatankuasa Eksekutif PAUSM, sesi chit chat di antara alumni dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi secara berkumpulan sebagai tanda kenangan. Seterusnya, kumpulan alumni ini bergerak secara berkumpulan untuk sesi Jom Ronda Penang.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!