18 Oktober 2011 : Pada 15 Oktober 2011, Pusat Pengajian Sains Farmasi telah mengadakan Seminar Kerjaya Farmasi bertempat di Dewan Kuliah X, USM. Seminar ini melibatkan pelaja-pelajar Farmasi tahun akhir seramai 160 orang. Antara tentatif program yang dijalankan sepanjang seminar ini ialah slot perkongsian dari 3 orang alumni USM yang bekerja dalam bidang Farmasi seperti berikut :
• Kerjaya Farmasi Komuniti [Encik Nazri Nordin]
• Kerjaya Farmasi di Industri Farmaseutikal [Encik Ewe Kheng Huat]
• Kerjaya Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia [Encik Mohd Hatta Ahmad]

Persatuan Alumni USM turut terlibat dalam memberikan sokongan kepada Pusat Pengajian Sains Farmasi kerana menjayakan program ini. Selain itu, pihak persatuan telah menyumbangkan cenderamata sebagai penghargaan kepada alumni-alumni USM yang memberikan ceramah semasa seminar tersebut.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!