25 Oktober 2010 : Pada malam 23 Oktober, Persatuan Alumni USM Wilayah Persekutuan dan Selangor telah sekali lagi berjaya menganjurkan Majlis Sirih Pulang ke Gagang untuk kali yang ke-9. Majlis yang gilang-gemilang tersebut berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Hampir 1000 orang tetamu hadir memeriahkan majlis pada malam itu. Majlis ini telah dihadiri oleh D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Canselor USM.
 
Antara jemputan terhormat yang turut hadir pada majlis ini ialah Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM; Puan Sri Datin Masrah Haji Abidin, isteri Naib Canselor USM; Dato' Seri Md. Isa Sabu, Menteri Besar Perlis; Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka; Datuk Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia; Dato' Prof. Emeritus M. Zawawi Ismail, Pengerusi Lembaga Pengarah USM; dan Tan Sri Datuk Mustafa Mansur, Presiden Persatuan Alumni USM Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Bertemakan "Klasik dan Meriah", majlis ini diserikan dengan pelbagai jenis persembahan menarik daripada alumni-alumni dan juga artis jemputan yang merupakan alumni USM. AUSMJB yang telah dilancarkan pada malam itu juga turut membuat persembahan. Pada malam tersebut juga, 5 orang alumni telah dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni 2010.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!