25 Oktober 2010 : AUSM Jazz Band (AUSMJB) merupakan salah satu inisiatif bekas pemuzik/pelajar USMJB dari Pusat Pengajian Seni(PPS). Ditubuhkan kesan dari sambutan yang diterima melalui program tahunan iaitu Konsert Tahunan USM Jazz Band (USMJB) ke-13 pada 30 Disember 2009. Seperti yang telah dipersetujui maka AUSMJB dilancarkan pada malam Majlis Sirih Pulang ke Gagang 2010 sebagai salah satu Chapter di bawah Persatuan Alumni USM (AUSM). Pelancaran dirasmikan oleh Tuanku Canselor USM, D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Pada pelancaran tersebut, AUSMJB telah menerima 'mog cek' sebanyak RM2000 sumbangan daripada Persatuan Alumni USM (AUSM) sebagai modal permulaan untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh mereka. Penubuhan AUSMJB ini diharapkan dapat merealisasikan impian Persatuan Alumni USM untuk memberikan sebanyak mungkin sumbangan kepada USM melalui alumni-alumninya.

Tahniah diucapkan kepada AUSMJB kerana telah mengambil insiatif yang tepat dengan menubuhkan satu lagi chapter di bawah AUSM. Semoga AUSMJB menjadi salah satu chapter yang sentiasa bergiat aktif dalam menyumbang kepada alma meter.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!