Y. Bhg. Puan Sri Hajah Fauziah Sharom

Y. Bhg. Puan Sri Hajah Fauziah Sharom merupakan nama yang begitu sinonim dengan pentadbiran di Universiti Sains Malaysia. Merupakan isteri kepada mantan Menteri Pendidikan Malaysia Y.Bhg. Tan Sri Musa MOhamed.

Pernah bertugas sebagai Pendaftar USM dari September 1998 sehingga Mac 1999 sebelum melepaskan jawatan tersebut untuk mengikut suaminya bertugas di Kuala Lumpur.

Selama berkhidmat di USM, beliau banyak berjasa menggerakkan Persatuan Alumni USM dari segi kewangan, jaringan perhubungan di antara ahli dan wilayah-wilayah serta sumbangan Alumni ke arah kecemerlangan.

Hasil daripada kecemerlangan dan kepimpinan Y. Bhg. Puan Sri Hajah Fauziah, beliau telah menerima banyak anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan Awam, Sistem Pengurusan Fail, Penganugerahan Sijil MS ISO 9002 dalam bidang pengurusan sumber manusia dan anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Sektor Awam melalui Projek IROS.

Beliau juga telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas sumbangan dan kecemerlangan kepimpinan beliau.

Dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni dalam Majlis Sireh Pulang ke Gagang pada tahun 2004.



Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!