Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah Binti Al-marhum Tengku Abdul Rashid

Anugerah khas ini diberikan kepada Tuanku Fauziah untuk mengenang jasa baginda selama lima tahun sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia menggantikan Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin kerana memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia, baginda sentiasa bergerak aktif dalam menjayakan segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Sumbangan dan komitmen yang diberikan kepada Universiti Sains Malaysia amat besar dalam memartabatkan Universiti ke arah kecemerlangan. Sehubungan dengan itu, baginda telah dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni Khas dalam Majlis Sireh Pulang ke Gagang pada tahun 2006.


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!