Tn. Hj. Ramli Bakar

Tn. Hj. Ramli Bakar dilahirkan pada 28 Februari 1944 di Kampung Bujang, Bedong, Kedah.

Pernah berkhidmat sebagai guru sebelum beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatn di Universiti Sains Malaysia dan telah menamatkan pengajiannya pada tahun 1975.

Selepas tamat pengajian, beliau telah berkhidmat di Universiti Putra Malaysia (UPM) selama satu tahun. Kemudian beliau memulakan perkhidmatan di Universiti Sains Malaysia di Bahagian Kemasukan dan Rekod yang telah ditubuhkan oleh beliau sendiri.

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Bahagian Peperiksaan. Seterusnya beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar di Hal Ehwal Pelajar dan merupakan Pengasas Dewan Budaya.

Dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni dalam Majlis Sireh Pulang ke Gagang pada tahun 2008.


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!