Y. Bhg. Dato' Seri Idris Jala

Y. Bhg. Dato' Seri Idris Jala dilahirkan pada 21 Ogos 1958 di Bario, Sarawak.

Mendapat pendidikan awal di Bario, Sarawak dan Marudi, Sarawak. Kemudian meneruskan pengajian di Kolej Tun Dato Tuanku Hj. Bujang, Miri, Sarawak.

Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia dan menamatkan pengajian pada tahun 1982. Kemudian beliau meneruskan pengajian ke peringkat sarjana di University of Warrick, United Kingdom dan tamat pada tahun 1986.

Pernah memegang beberapa jawatan penting di cawangan-cawangan syarikat Shell sejak tahun 1982 sehingga 2003. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Presiden untuk Malaysian Gas Association.

Sejak tahun 2006, beliau memegang jawatan penting di Malaysian Airlines(MAS), Tourism Board Malaysia,  dan  IATA Board of Governors. Beliau juga pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Teknologi Malaysia sejak tahun 2007. Terkini, beliau merupakan salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni dalam Majlis Sireh Pulang ke Gagang pada tahun 2008.


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!